Wednesday 19 December 2018

Al-Imran Ayat 49

3.3.49
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 49:

.

Ringkasan tafsir;

Nabi Isa memberitahu kepada kaumnya, bahawa beliau diutuskan sebagai Rasul oleh Allah kepada kaum bani Israel. Nabi Isa memberi bukti sebagai tanda kenabian beliau kepada kaum bani Israil dengan mukjizat yang diterima melalui wahyu dari Allah;

1. Membuat patung burung dari tanah dan dihidupkan dengan ditiupkan pada patung tanah itu.
2. Menyembuh penyakit buta dan sopak hanya menyapu dengan tangan serta berdoa.
3. Menghidupkan 4 orang sudah mati dan salah seorangnya Sam bin Nuh telah meninggal 4000 tahun sebelumnya.
4. Memberi khabar ghaib tentang apa yang dimakan oleh manusia dan apa yang ada tersimpan makanan.


Oleh yang demikian itu adalah sebagai tanda mukjizat dan bukti kenabian Nabi Isa, sekiranya kamu percaya.


.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
3, Surah3  
Terjemahan, 41~50,
[GS]
https://sites.google.com/site/warongpanas/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8